they're the swwetCANDY of my live

Saturday 19 November 2011

C I N T A ~ ! !

Cinta. Manusia memang suka bicara soal cinta. Cinta ini amat indah. Rasanya, kalau ditanya apa yang paling manis dalam dunia, pasti ramai yang memilih cinta sebagai jawapan. Cinta itu luas. Amat luas. Namun dikecilkan cinta itu dalam artikel ini mengenai cinta lelaki dan perempuan.
Nak bina rumah pasti ada asasnya. Nak bina masjid juga ada asasnya. Jadi nak bina rasa Cinta. Apa asasnya? Asas cinta ialah sayang. Mustahilkan dalam dunia ini, ada yang cinta asasnya benci. “saya cintakan dia, sebab tu saya benci kat dia sangat-sangat.” Amat mustahil kan? Jadi, cinta mesti lah sayang. Sebab itu, kita hargai orang yang kita cinta. Kita sanggup korban segalanya.
Bila kita sayang dan cinta seseorang, yang hitam pun jadi putih, yang hodoh jadi cantik, segala-galanya nampak indah di mata kita. namun, Tolong hati – hati jaga hati. Takut kerana rasa sayang dan cinta itu hati kita bertukar dari suci kepada kotor. Jadi, Sayangi hati kita dulu. Jika kita sayang hati kita, InsyaAllah kita pasti tidak mahu menjadikan hati kita kotor, jijik dan memualkan dengan perkara – perkara yang Allah larang.
Cinta itu Murah?
Hari ini. Ramai menganggap Cinta itu murah. Bila bercerita soal Cinta jadi mual dibuatnya. “alah sikit – sikit jiwang. Tak ada modal lain ke. Bosanlah asyik – asyik Cinta je.” Kenapa sampai begitu sekali orang memandang cinta? Sebab hari ini, cinta telah dimurahkan semurah-murahnya. Kenapa boleh jadi murah? Kerana kebanyakan orang hari ini tidak tahu apa itu cinta, tidak reti untuk bercinta. Dia bercinta dengan cinta yang salah,dengan cara yang salah, dengan kefahaman yang salah, menyebabkan  cinta yang tergambar dimindanya adalah sesuatu yang murah.
Cinta hari ini dikatakan apabila kita keluar couple, apabila kita berdating, apabila kita naik motor bonceng sama-sama, bila kita pegang tangan sama-sama kita, bila kita minum satu gelas satu straw, kita makan satu pinggan satu sudu satu garfu, yang perempuan sanggup gadai dara dan teruna pula layan aje, kita sanggup beriya - apa sahaja. Kebanyakan orang ingat, itu cinta. Akhirnya, cinta dikeji sebagai satu perkara memualkan dan busuk.
Lafaz “saya cinta awak”, “saya sayang awak”, “i love u” kerap sahaja diucapkan kepada pasangan masing – masing walaupun belum pun menjadi halal baginya. Tidakkah sama perkara – perkara itu dengan melontarkan pasangannya ke neraka? Allah larang berzina, Allah larang pergaulan bebas, tetapi kita ingkar pada Allah SWT atas nama cinta dan sayang. Jika Allah murka, adakah kita terselamat daripada dilontarkan ke dalam api neraka. Benarkah sayang? kalau benar sayang, kenapa melontarkan pasangan anda ke neraka? Kata sayang? Pelik bin Hairan bin Ajaib. Kalau betul sayang dan cinta, sepatutnya kita sama-sama selamatkan pasangan kita dari api neraka, dari kehancuran. Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka sama-sama kita?
P/S :: RENUNG2KAN dan selamat beramal......


terima kasih sudi membaca

No comments:

Post a Comment